Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT
Digg4 16 2 45.9K
Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT
| Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nampak gayanya Dr Fuh
dah semakin tertarik untuk berkongsi artikel-artikel berkisarkan kisah benar dan kisah nyata. Seronok sebenarnya baca kisah-kisah benar ni, banyak manfaatnya terutama sekali untuk pengajaran kita. Kisah benar kali ini Dr Fuh kongsi dari laman informasi.my. Jom kita hayati kisah benar ini dan jadikan sebagai panduan serta pengajaran buat kita.
Setiap manusia mahu pengakhiran hayatnya
dalam keadaan yang baik. Namun dalam merebut khusnul khatimah itu,
seseorang itu perlulah taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan
apa yang dilarang Nya. Dr Fuh mahu berkongsi dengan anda tentang kisah
seorang pemuda yang telah keluar berdakwah dan takdir Allah, dirinya
telah meninggal duniakerana lemas. Ada sesuatu yang menarik ingin
dikongsikan bersama anda tentang gambaran keadaan jenazah tersebut.
Kisah Benar Bermula
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi)
saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya
(anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah
selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat
sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke
Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi.
Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti
Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak
Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah
hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Markaz Masjid
Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya
melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan
kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang
memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul
khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya
memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.
Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut
telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih
keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia
seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga
bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur.
Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan
dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut
kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah
ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku
dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Gambar hiasan
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya
memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih
kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya
terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial
para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita
mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran
Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara
bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH
dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan
rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak.
Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau
bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang
pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk
dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu
kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke
Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad)
dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau
kosong tiada jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh hari
sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah
berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan
mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula.
Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan
anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam
akhirat? sama-sama kita renungkan.
Maha benarlah firman Allah,
Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah [Ali –Imran: 167-170]
Begitu juga hadith Nabi saw,
Hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,”Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berpeluh dahinya” (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
Wallahualam
Sumber: Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT | Fuh.My

No comments:
Post a Comment