Allahu Rabbi! Inilah 16 Cara Kematian Yang Diimpikan Umat Islam
Digg1 4 1 10.8K
Allahu Rabbi! Inilah 16 Cara Kematian Yang Diimpikan Umat Islam | Setiap umat Islam sudah semestinya mengimpikan kematian dengan cara yang baik dan tidak mengaibkan. Berikut adalah senarai cara kematian yang diimpikan Umat Islam.
Kematian Yang Diimpikan Umat Islam
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika
wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir
kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam
syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini
berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu
ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun
didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi)
berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah
mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan
berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu
Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada
hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah
menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang
kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati
terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”
Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh
di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati
kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu
disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau
sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah
syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit
kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat
Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah
berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima;
orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam,
tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis
riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali
riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara
marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan
Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah
syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut
keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati
kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid
serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam
Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,
maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati
ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid,
mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari
perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam
riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh)
adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i,
at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa.
“Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa
saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati
dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang
mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di
jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga
(waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada
berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya.
Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya
dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.
Wallahualam
Sumber: islam2u
Sumber: Allahu Rabbi! Inilah 16 Cara Kematian Yang Diimpikan Umat Islam
No comments:
Post a Comment