Bahaya! Bersukan Waktu Malam Mengundang Maut?
Bahaya! Bersukan Waktu Malam Mengundang Maut? | Sukan futsal antara sukan yang boleh dianggap popular pada masa kini. Pusat permainan sukan futsal
ini juga tumbuh bagai cendawan, dan sangat mudah untuk mencari di
setiap kawasan. Tidak kira futsal, badminton atau yang sewaktunya turut
menjadi pilihan. Namun jika diperhatikan ramai golongan muda
menghabiskan masa bersukan pada waktu malam selepas tamatnya syif kerja. Persoalannya, mengapakah ia dianggap bahaya?
KUALA LUMPUR – Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Aktiviti bersukan seperti bermain futsal,
badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi
gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh
menjadi ‘pembunuh senyap’.
Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak
menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan
membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.
Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.
Katanya, aktiviti bersukan selepas
bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana
tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.
“Kita memaksa badan untuk bekerja
keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan
darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah
tinggi dan jantung.
“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam,
tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang
banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya kepada Kosmo!.
No comments:
Post a Comment