Pulau Socotra Yemen Pulau Dirantai Dajal?
,
,
Dunia menyebutnya sebagai pulau Alien, makhluk yang hidup di pulau ini serba aneh dan tidak ditemukan di
tempat lainnya.
Pulau ini dikatakan begitu indah, namun sama sekali tak tersentuh oleh
dunia luar, hingga UNESCO menganugerahkannya sebagai salah satu Lokasi
Warisan Dunia.

Sejumlah teori
dan khabar angin mengatakan, pulau ini diduga sebagai tempat dimana
Dajjal pernah di penjara pada masa lampau, sebelum akhirnya bebas dan
mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda.
Pulau Socotra
adalah kepulauan kecil yang terletak di Lautan Hindi, sekitar 80 km
sebelah timur tanduk Afrika dan 380 km selatan benua Arab. Kawasannya
masuk dalam wilayah Republik Yaman.

Berada disini
seperti berada di planet lain, indah namun terkesan sangat aneh. Teori
sekaligus mitos pulau ini sebagai penjara Dajjal makin kuat
jika disandingkan dengan beberapa teori dan sejarah lainnya bahawa
Dajjal pernah dikurung di Laut Yaman.
Menurut
penelitian sejumlah pakar, Pulau Socotra merupakan pulau yang terbentuk
sejak jutaan tahun silam dengan bentuk asli seperti itu, tak terusik
oleh gerakan geologi dari wilayah bumi lainnya. Kerana kewujudannya yang
terasing dari dunia luar, maka makhluk hidup yang ada di pulau ini
bersifat endemik iaitu tidak ditemui ditempat lain di dunia ini.
Seperti dikutip dari Socotraislandadventure.com,
dalam dunia pelancongan pulau Socotra dijuluki sebagai Dunia Yang
Hilang. Flora dan fauna di pulau yang mulai menjadi destinasi baru di
Timur Tengah ini nampak aneh. Setidaknya ada 900 jenis tanaman aneh
disini.

Lihat saja pohon
Darah Naga (Dracanea Cinnabari) yang menjadi ikon khas pulau ini.
Disebut darah naga kerana getah pohon yang berbentuk payung raksasa ini
berwarna merah. Konon getah pohon ini diburu orang sebagai ubat dari
segala penyakit. Flora unik lainnya adalah tanaman raksasa Dorstenia,
Dendrosicyos, pohon Delima Socotra yang pelik (punica protopunica).









Tak hanya flora,
pulau ini juga memiliki fauna-fauna yang cantik namun aneh, ada spesies
burung endemik seperti Socotra Starling Onychognathus Frater, Socotra
Sunbird Nectarinia Balfouri, Socotra Sparrow Passer Insularis,dan
Grosbeak Socotra Rhynchostruthus Socotranus. Ada juga Burung Penyanyi
Socotra, incana-incana.
Kelawar adalah satu-satunya mamalia asli pulau Socotra. Pulau ini bahkan memiliki spesies endemik terumbu karang.


Apa kaitan pulau ini dengan Dajjal?
Pada zaman
Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu
ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu
berjumpa dengan seorang budak berdiri sedang cekak pinggang dan merenung
Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit
”dukhan-dukhan (asap)”.
Lalu Saidina Ali
bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab,
itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari
lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh
Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah
menyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah.
Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke
satu Pulau dan dipenjarakan.
Bentuk Fizikal Dajjal
Dajjal ini
bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya
kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.
Setelah
Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang
ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia
telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat
Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan
bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim
memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun
bertanya,”Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi?” Apabila dikatakan
tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar
sebagai Khalifah sekarang maka mengecillah ia lalu mengatakan bahawa
Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.
Tamim bertanya
lagi.”apakah tanda engkau akan bebas?” Lalu Dajjal mengatakan apabila
dilihat wanita bebas berkuda.[Saya rasa maksud jawapan Dajjal itu
ialah..bila kaum wanita setaraf dengan kaum lelaki..bebas
berkuda,bersukan,berpolitik,menyanyi dan apa yang kita lihat pada zaman
sekarang-wallualam].
Setelah bertanya
kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan
program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di
akhir zaman yakni KITA.
Ada riwayat
Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah
mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi
ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w”. Selesai solat,
Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda
sambil tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak!”.
Hendaklah semua
duduk di atas sajadahnya.Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku
memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan
Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w
berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan
ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin
menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani,
kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita
kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal”.
Pulau Socotra-Yaman
Kisah yang dia
ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu
sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan
menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa
mereka ke tengah-tengah samudera yang luas.

Mereka tidak
dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas
laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau
menjelang terbenamnya matahari.
Di pulau yang
tidak berpenghuni itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal
bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya:
“Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan
lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu”. Mereka pun pergi ke
tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka
menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka
tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke
tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke
telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti
raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku.
Sekarang aku pula ingin bertanya “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab:
“Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal,
tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas
dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di
pulau yang tuan tempati ini”.
“Pada mulanya
kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami
tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya
Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai
kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki
macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
“Itulah sebabnya
kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan
kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu
belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
Gua di Pulau Socotra-Yaman-Apakah di dalam gua ini Dajjal dikurung waktu itu…?
“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu
bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka
menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab:
“Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak
susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki
seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang
Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah
berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia
diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi
oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula
tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w
telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu
berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat
kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada
kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. “Nanti aku akan diberi izin
keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh
malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku
tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para
Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim
Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar
sambil berkata”: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu
Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini
kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah
s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya
lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan
kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan
tidak dapat dimasuki Dajjal”.
“Cuma dia ada
mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah
timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke
arah timur.
Rasulullah s.a.w
telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada
yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan.
Wallahu a’lam.
sumber: www.amekaw.com
No comments:
Post a Comment