10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
| Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Datang lagi Teacher
Muja bercerita di sini. Khas untuk pembaca fuh.my , Teacher Muja sangat
suka bergambar. Masa dapat 8A PMR dulu, Teacher Muja minta dengan abah
sebuah kamera digital dan sudah selamat dicuri. Sedih tapi sudah bukan
rezeki. Amat menyedihkan bila terkenangkan gambar-gambar yang ada dalam
kad memori yang hilang. Takpe, setiap kejadian ada hikmahnya. Hehehe
Gambar boleh mempengaruhi emosi. Setuju?
Gambar boleh menggambarkan seribu perkara. Ramai yang menyetujuinya.
Sebuah gambar yang diambil boleh memberikan pelbagai gambaran kepada setiap orang yang melihatnya. Banyak gambar yang kita ambil setiap hari dan itu pun tidak terkecuali.
Di bawah adalah 10 gambar paling menyentuh jiwa
sepanjang zaman. Semuanya adalah yang original dan diambil daripada
suasana asal. Tiada lakonan. Jom tengok. Peristiwa di sebalik setiap
satunya sangat menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
10. Gambar seorang ibu dan anak-anaknya
mencuba untuk menyelamatkan diri daripada peristiwa pengeboman di
Vietnam Selatan dengan menyeberangi sebuah sungai pada tahun 1965.
9. Pada 12 Januari 1960, ketua parti
sosialis Jepun, Asanuma telah dibunuh oleh pelajar kepada pesaingnya.
Gambar di bawah telah diambil dalam masa sesaat sebelum pembunuhan itu berlaku.
8. Gambar seorang banduan Iraq sedang mententeramkan anak lelakinya. Gambar ini telah diambil pada tahun 2003 semasa peperangan di Iraq sedang di kemuncak.
7. Gambar seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusaha menyelamatkan diri semasa peristiwa kebakaran pada tahun 1975.
6. Gambar Thick Quang Dug, seorang sami
budha dari Vietnam Selatan membakar diri sendiri sebagai tanda protes
terhadap polisi penderaan oleh kerajaan terhadap sami budha pada tahun
1963. Sami itu tidak bergerak ataupun mengeluarkan sebarang bunyi semasa dirinya sedang terbakar.
5. Gambar seorang lelaki muda berdiri di hadapan kereta kebal yang sedang bergerak demi reformasi democratik di China pada tahun 1989
4. Gambar hari pertama buat Dorothy
Counts di Sekolah Tinggi Harry Harding, Amerika Syarikat. Counts adalah
kanak-kanak berkulit hitam pertama yang dimasukkan ke sebuah sekolah di
Amerika Syarika. Namun begitu, dia tidak dapat bertahan dengan segala gangguan selepas 4 hari.
3. Gambar seorang lelaki muda telah didera oleh askar kerana dia dipercayai telah bercakap dengan pemberontak Tutsi.
2. Ketua Polis Vietnam Selatan , Nguyen Ngoc Loan telah menembak mati seorang lelaki yang dia sangkakan seorang askar Vietkong pada 1 Februari 1968.
1. Gambar seorang kanak-kanak yang hampir mati kerana kebuluran kerana tidak makan di Uganda pada tahun 1980. Seorang pendakwah memegang tangannya dan tidak dapat berbuat apa-apa.
Sangat menyentuh jiwa bukan? Apa kata
kamu? Setiap gambar mampu menceritakan banyak cerita. Perihal keadaan
semasa ia diambil, kegembiraan orang di dalamnya, kegembiraan dan kesedihan, malah juga kesengsaraan.
Jadi, mulai hari ini bolehlah kita
mengambil gambar setiap hari. Manalah tahu akan menjadi gambar yang
begitu bermakna seperti ini. Harga gambar pula akan melambung
tinggi. Sekarang, tahulah kita kenapa fotografi boleh menjadi satu
kerjaya yang sangat memberi makna dan ramai yang menggemarinya.
Setakat ini dulu perkongsian dari Teacher Muja. Wassalaam.
Sumber: 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman | Fuh.My
No comments:
Post a Comment