5 Amalan Menjaga Kesihatan Yang Terdapat Dalam Al-Quran
Digg0 2 0 2808
5 Amalan Menjaga Kesihatan Yang Terdapat Dalam Al-Quran
5 Amalan Menjaga Kesihatan Yang Terdapat Dalam Al-Quran | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Puteri rasa dah lama Puteri tak munculkan diri di Fuh.My nih. Entah apa yang sibuk pun tak tahu lah kan, pape pun hari ini Puteri mahu kongsikan satu artikel dari Home Family Site tentang 5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan Amalan Menjaga Kesihatan Yang Terdapat Dalam Al-Quran.
1. Mandi pagi sebelum subuh
atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang
meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita
boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita
bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para
saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam
saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka
darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat
mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana
dalam badan ayam mengandungi ion +ve, manakala dalam ikan mengandungi
ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan
ayam.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung
di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme
sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
Sabda Rasulullah saw, “Ilmu itu milik Allah, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan. InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.”
Sumber: 5 Amalan Menjaga Kesihatan Yang Terdapat Dalam Al-Quran | Fuh.My
No comments:
Post a Comment