Hajar Aswad Sebagai Penanda Bagi Manusia
Digg1 4 1 8324
Hajar Aswad Sebagai Penanda Bagi Manusia
Hajar Aswad Sebagai Penanda Bagi Manusia
| Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak
kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung
dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus
untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai
gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu
selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu
lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail
berkata, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan
sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari
satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika
Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang
malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail
dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim
a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau
menciumnya beberapa kali.
Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan
diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium
oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di
Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin
berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah
dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan
bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium
oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam
seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka
timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan
tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana,
Insya Allah doanya akan dikabulkan olehAllah s.w.t.. Jagalah hati kita
sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t.,
sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w.menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Wallahualam./
Sumber: Hajar Aswad Sebagai Penanda Bagi Manusia | Fuh.My
No comments:
Post a Comment