7 Golongan Yang Tidak Disoal Oleh Malaikat Mungkar Dan Nangkir
7 Golongan Yang Tidak Disoal Oleh Malaikat Mungkar Dan Nangkir | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Fuh.My yang budiman. Hari ini Luna ingin kongsikan mengenai 7 Golongan Yang Tidak Disoal Oleh Malaikat Mungkar Dan Nangkir di alam barzakh. Mari kita kenali siapakah 7 golongan yang bertuah ini.
Pertanyaan ini adalah khusus dengan umat
Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya
adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di
salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta
menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai)
Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:
Ma Rabbuka? “Siapakah Tuhanmu?”.
Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada
orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya
pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:
1) Para Nabi. Yang hak
bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat
mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang
diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita
ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak
untuk dikhilafkan.
2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.
3) Syuhada’ yakni mereka yang tergolong mati syahid.
4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.
5) Orang-orang yang sebahagian besar
waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya
ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.
6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.
7) Orang yang meninggal pada malam
Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas Asar
hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu Asar hari Jumaat.
Nota Luna Nana: Subhanallah. Bertuah sungguh umat Islam yang tergolong dalam 7 golongan
di atas. Semoga kita salah sorang daripada mereka.InsyaAllah. Allah
berhak memberi ganjaran kepada mereka yang dikehendakiNya. Wallahualam.
Sumber: 7 Golongan Yang Tidak Disoal Oleh Malaikat Mungkar Dan Nangkir | Fuh.My
No comments:
Post a Comment