CUBAAN MENCURI JASAD RASULULLAH S.A.W DARI MAKAM BAGINDA
,
,
CUBAAN MENCURI
JASAD NABI MUHAMMAD S.A.W DARI MAKAM BAGINDA | Percaya atau tidak,
ternyata jasad nabi Muhammad SAW hampir pernah terusik dan nyaris dicuri
oleh orang kafir laknatullah. Sebelum akhirnya Allah menyelamatkannya
dari rancangan jahat tersebut.
Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.
Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.
Peristiwa ini
berlatarbelakangkan kondisi umat islam pada zaman dinasti Abbasiyah di
Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdirinya
beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah baru.
Tentunya hal
ini tak disia-siakan begitu sahaja oleh orang-orang nasrani yang merasa
kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh
ada di depan mata.
Secara
diam-diam mereka telah menyusun rancangan untuk mencuri jasad Nabi
Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka
mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi itu
mereka laksanakan bertepatan dengan musim haji. Di mana pada musim itu
banyak jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk
melaksanakan ibadah haji.
Kedua-dua orang
nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji dari Andalusia yang memakai
pakaian khas Morocco. Mereka ditugaskan untuk melakukan pengintipan awal
kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW.
Setelah
melakukan kajian, kedua-dua kafir ini memberanikan diri untuk menyewa
sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka
membuat lubang dari dalam bilik itu menuju makam Rasulullah.
Belum sampai
pada akhir penggalian, rancangan tersebut telah digagalkan oleh Allah
melalui seorang hamba yang akhirnya mengetahui rancangan busuk itu.
Sultan Nuruddin
Mahmud bin Zanki, adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam ketika
itu yang mendapatkan petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam
Rasulullah.
Sultan mengaku
bermimpi bertemu dengan Rasulullah sambil menunjuk dua orang lelaki
berambut perang dan menyebut: “ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari
maksud jahat kedua orang ini.” Sultan terbangun dalam keadaan gelisah
lalu beliau melaksanakan solat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan
Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah hingga tiga kali dalam satu
malam.
Malam itu juga
Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari
Damascus ke Madinah yang memakan waktu 16 hari, dengan mengendarai kuda
bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan
kuda. Sesampainya di Madinah, sultan langsung menuju Masjid Nabawi
untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi SAW. Sultan
bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam
Nabi SAW.
Lalu menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? “Iya”, jawab Sultan Mahmud.
Maka tidak lama
kemudian Menteri Jamaludin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan
membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil mencermati wajah orang
yang muncul dalam mimpinya. Namun sultan tidak menjumpai mereka. Lalu
menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar
Masjid Nabawi. “Apakah di antara kalian masih ada yang belum mendapat
hadiah dari Sultan?”
Tidak ada,
seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah dari Sultan, kecuali dua
orang dari Morocco tersebut yang belum mengambil hadiah sedikitpun.
Keduanya orang soleh yang selalu berjemaah di Masjid Nabawi.” Ujar
seorang penduduk.
Kemudian Sultan
memerintahkan agar kedua-dua orang itu dipanggil. Dan alangkah
terkejutnya sultan, melihat bahawa kedua-dua orang itu adalah orang yang
dilihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jemaah
dari Andalusia Sepanyol. Meskipun sultan sudah mendesak bertanya tentang
aktiviti mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku. Sehingga
sultan meninggalkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan penjagaan yang
ketat.
Kemudian sultan
bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua-dua
orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang di temuinya adalah
longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an.
Lalu sultan berkeliling ke bilik sebelah.
Ketika itu
Allah memberikan ilham, sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka
tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut. Masya Allah,
Subhanallah, ditemukan sebuah papan yang di dalamnya terdapat sebuah
lorong panjang, dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam
Nabi Muhammad.
Seketika itu
juga, sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut perang tersebut
dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku
diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad Nabi SAW. Pada
pagi harinya, kedua-duanya dijatuhi hukuman pancung berdekatan pintu
timur makam Nabi SAW. Kemudian sultan Mahmud memerintahkan penggalian
parit di sekitar makam Rasulullah dan mengisinya dengan timah. Setelah
pembangunan selesai, sultan Mahmud dan rombongan pulang ke negeri Syam
untuk kembali memimpin kerajaannya.
MasyaAllah, tabarakallah, menitis air mata membaca cerita ini...


No comments:
Post a Comment