Bekas Minuman Nabi Muhammad Di Bawa Pulang Ke Chechnya
Sumber Asal: http://kopilekat.com/bekas-minuman-nabi-muhammad-di-bawa-pulang-ke-chechnya/
Subhanallah..
Lihatlah bertapa sanjungnya penduduk-penduduk Arab terhadap Nabi kita
Nabi Muhammad S.A.W. Beratus-ratus bijik kereta Polis dan pengiring
serta beribu-ribu rakyat mengiringi “Bekas Minuman” Rasulullah untuk
tatapan umum.
Bertapa
sanjungnya mereka terhadap Nabi Muhammad S.A.W sehingga menitiskan air
mata apabila dapat menyentuh bekas minuman milik Rasulullah.
Presiden
Republik Chechnya, Ramazan Kadirov telah memindahkan bekas minuman
yang dikatakan pernah digunakan oleh Nabi SAW dari London ke Chechnya.
Usia
bekas minuman tersebut dikatakan sudah menjangkau 14 kurun yang
menguatkan lagi dakwaan ini. Kadirov telah berusaha sedaya upaya
memindahkan bekas minuman tersebut ke negaranya
Setibanya
di lapangan terbang Grozny, ia telah disambut dengan meriah dan
kemudian dibawa pula ke Masjid Besar Grozny dalam konvoi besar dengan
diringi kereta-kereta mewah.
Presiden Ramazan Kadirov telah
diringi oleh Haji Ahmad Kadirov pengerusi Majlis Ulama Chechnya dalam
upacara yang diadakan secara penuh meriah itu.
Turut dibawa ialah dua helai karpet yang pernah menutup makam Nabi SAW dalam tempoh yang agak lama. Menurut Kadirov.
Sejarah
bekas minuman berkenaan asalnya berada dalam simpanan salah seorang
keturunan Nabi SAW sehinggalah akhirnya setelah melalui tempoh yang
panjang ia tersimpan di London.
Nabi Muhammad sollallahu
alaihi wa sallam mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman
menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri
kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
“Jika salah seorang dari kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)
Presiden
Republik Chechnya, Ramazan Kadirov memuliakan bekas minuman itu sebagai
memuliakan kedudukan Nabi SAW yang pernah menggunakannya. Ia juga
disebut sebagai tabarruk (mengambil
keberkatan) dengan kesan peninggalan Nabi SAW. Apatah lagi amat banyak
dalil sahih yang mengharuskannya, sama ada di dalam Sahih al-Bukhari dan
lain-lainnya.
Keterangannya adalah seperti berikut:
Ummu Salamah menyimpan beberapa helai rambut Nabi SAW yang berwarna kemerah-merahan di dalam sebuah bekas seperti genta. Apabila terdapat orang yang sakit, maka mereka bertabarruk dengan rambut tersebut, memohon kesembuhan dengan keberkatannya. Dengan merendam sehelai dari rambut tersebut ke dalam sebuah bekas yang mengandungi air, maka orang yang sakit tersebut akan meminum air dari rendaman rambut tersebut. Dengan keberkatan rambut Nabi SAW, maka mereka disembuhkan oleh Allah daripada penyakit yang dihidapi.
(Al-‘Aini; ‘Umdah al Qari, Syarh Sohih al Bukhari, 22:49)
Sumber

No comments:
Post a Comment